Tuesday, 13 August 2019

MANGO TANGO BABY CAKE

Resepi kek mudah untuk bayi tanpa menggunakan oven. Dan paling best hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Sangat sesuai la untuk ibu seperti aku. Boleh la buat dessert untuk Hadif nanti. Resepi ni aku dapat daripada Instagram : MARISSAFOODJOURNAL.

Bahan-bahan
Biskut Marie / Cracker
Fresh milk / EBM
Plain Yogurt
Mango/ Buah-buahan pilihan (Kiwi/Strawberry/Blueberry dll)
Butter
Oat (Optional)

Cara-cara

Base

  • Hancurkan biskut. Boleh masukkan dalam plastik dan ketuk-ketuk bagi hancur kasar tapi jangan sampai hancur jadi debu
  • Panaskan non-stick pan dan masukkan butter. Guna api sederhana. Bila butter dah cair, boleh tutup api.
  • Masukkan biskut dan gaulkan.
  • Sediakan bekas dan masukkan biskut tadi dalam bekas. Mendapkan biskut menggunakan belakang sudu. 
  • Masukkan ke dalam peti sejuk kira-kira 15 minit supaya menjadi keras sedikit
Topping
  • Blend : Satu sudu plain yogurt, buah mangga, biskut, fresh milk/EBM, oat (rendam sekejap dengan air suam supaya oat lembut kemudian tapiskan. Ambil oat sahaja, air boleh buang
  • Keluarkan base yang kita dah sejukkan tadi. Kemudian tuangkan topping yang dah blend keatas base tersebut.Atas topping tu, boleh taburkan biskut hancur ke, buah ke, oat ke. Ikut kesukaan dan kretiviti.
  • Tutup bekas yang dah siap tadi dan masukkan kedalam freezer. Biarkan selama 3- 4 jam.

Menurut owner resepi ni, actually dia ikut resepi untuk buat oreo cheese cake. cuma dia tukar je cream cheese kepada yogurt. Aku da beli bahan-bahannya. Tak sabar nak buat untuk Hadif!

Jom layan video dari owner resepi ni. Lagi buat aku tak sabar nak try.





Monday, 12 August 2019

RENDANG AYAM SEDAP

Selamat Hari Raya Aidil Adha!


Biasa lah hari raya mestilah orang masak rendang. Aku nak share resepi rendang ayam yang sedap yang aku belajar dari salah satu channel di youtube! To be honest, ni lah first time aku masak rendang ayam. Korang boleh check out youtube channel Che Nom. Menurut channel tersebut, resepi rendang ayam tu diadaptasi dari Chef Wan. 





Bahan-bahan yang aku senaraikan dibawah adalah bahan yang aku gunakan. Ada beberapa bahan-bahan yang Che Nom gunakan, tapi aku tak masukkan. Kalau nak original resepi, korang boleh tengok channel Che Nom ye. Walaupun aku tak masukkan beberapa bahan tersebut, rasanya tetap sedap 😋

Bahan-bahan kisar halus:
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
3 ketul kunyit hidup
Cili merah dan cili padi
1 biji bawang besar

Bahan-bahan lain:
1 mangkuk kecil cili kisar
1 ekor ayam, potong kecil
1 1/2 biji perahan pati santan
4 sudu besar kerisik
2-3 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan halus daun kunyit

Cara-cara:
  • Panaskan minyak kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tunggu sehingga pecah minyak.
  • Masukkan semangkuk kecil cili kisar. Tunggu sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam.
  • Bila ayam dah masak, masukkan santan, asam keping dan kerisik. Tunggu kuah pekat sikit kemudian masuk sedikit garam dan gula secukup rasa.
  • Last sekali masukkan hirisan halus daun kunyit dan tunggu daun kunyit tu layu.

Hasil air tangan aku


Beza tak cara korang buat rendang dengan resepi yang aku share ni?



Note: Bahan yang aku tak masukkan → Buah keras dan daun limau purut

Tuesday, 6 August 2019

POKKA BANANA MILK

Semalam aku nampak kawan aku upload gambar dia minum air kotak POKKA BANANA MILK. Aku dah la memang suka makan buah pisang. Tapi tak pernah pula nak rasa minum air pisang. Tak pelik ke rasa air tu? Disebabkan caption kawan aku yang menarik perhatian, dan juga komen dari kawan yang lain mengatakan air ni sedap, maka aku pun terpengaruh untuk merasai kelazatan air ni. Betul ke sedap gile??



Sesampai je aku pagi ni dekat area office, aku terus ke 7 Eleven untuk cari air tu. Aduh, tak ada pula jual. Aku try ke kedai runcit sebelah, fuhhh nasib baik ada. Tu pun tinggal sekotak je lagi. Harga aku beli RM2.10.

Okay let's try!

To be honest, sedap gila wey! Tak pelik langsung. Memang rasa pisang. Tapi sedap dan tak rasa muak pun. Lagi-lagi minum waktu air ni sejuk. Selain dari Banana Milk, ada juga flavour lain; Melon Milk, Mango Milk dan Cookies and Cream Milk. Flavour lain aku tak pernah rasa tapi mungkin nak rasa memandangkan Banana Milk ni sedap sangat.



Korang pernah rasa tak air ni? Kalau pernah, sila komen dekat bawah apa pendapat korang tentang air ni. 


TELUR DADAR BIHUN

Sekarang ni tengah viral dekat group Facebook HBFM resepi nasi campur sekali dengan telur. Caranya macam masak telur dadar tapi resepi ni masukkan sekali dengan nasi. Disebabkan hari ni aku nak bagi bihun dekat Hadif, so aku tukar bahan tu dari nasi kepada bihun. Ada juga aku nampak ibu lain menggunakan pasta untuk menu ni. 

Bahan-bahan

  • Organic Baby noodles
  • Telur 
  • Broccoli
  • Isi ayam
  • Baby carrot
  • Bawang Merah
  • Serbuk lada hitam

Cara-cara

  • Rebus Organic baby noodles, broccoli, isi ayam, baby carrot. Kemudian toskan.
  • Pecahkan telur dan masukkan semua bahan yang dah direbus.
  • Masukkan bawang merah yang dicincang dan sedikit serbuk lada hitam.
  • Gaulkan semuanya
  • Panaskan kuali sama ada guna minyak masak atau unsalted butter kemudian gorengkan bahan-bahan tadi.


Gambar ni aku ambil dari salah seorang ibu yang dah cuba buat resepi macam ni. Sebagai gambaran korang apa hasilnya. Tapi dia guna nasi. Aku punya, aku tak ambil gambar lepas siap masak tadi. Hehe.

Monday, 5 August 2019

MISSION COMPILE MENU MAKANAN UNTUK BAYI BAWAH 2 TAHUN

Sejak Hadif da start makan, aku pening kepala nak sediakan menu apa untuk dia setiap hari.  Sekarang ni dia dah 11 bulan. Makin lasak dan aktif. Makan pun Alhamdulillah makin banyak.  Tak ada masalah pasal tak nak makan. Cuma ada seminggu tu je la dia refuse nak makan sebab dia tak sihat. Memandangkan aku bekerja, jadi aku prefer masakan yang mudah cara penyediaannya dan tak makan masa terlalu lama. Ada juga aku follow group masakan bayi dekat Facebook. Seronok tengok menu mereka.

Tiba-tiba aku terfikir untuk compilekan dan share menu-menu menarik dari ibu-ibu lain dekat blog aku. Boleh juga jadi rujukan aku dan mereka-mereka yang buntu memikirkan menu apa untuk anak mereka. Aku nak sort by menu such as pasta ke, nasi ke, mee ke, sup ke dan lain-lain. Jadi senang la kalau aku teragak nak masak mee untuk Hadif, aku boleh tengok je resepi mee apa yang ada. 

Menu yang aku akan share ada yang aku pernah buat dan ada yang aku ambil sahaja dari mana-mana sumber untuk rujukan aku akan datang. Aku harap dapat membantu ibu-ibu yang lain juga.


Image result for makanan bayi
Sumber: Google
Korang boleh tengok list menu tu dekat RESEPI BAYI. Aku akan update dari masa ke masa.. 

Monday, 1 April 2019

ME TIME: DE BALI SPA SUBANG PERDANA

Entah macam mana, aku dengan akak ipar aku buat plan nak pergi reward diri sendiri di hari minggu dekat spa. Sekali sekala nak manjakan badan. Hadif, biar ayah dia pula yang jaga. Hehe~ Akak ipar aku suggest satu spa ni. DE BALI SPA & SLIMMING CENTRE dekat Subang Perdana. Dia cakap, kawan dia selalu pergi dan katanya best. Harga pun not bad. Ada promo bajet punya. RM99. Menarik juga!

Ada 5 pilihan pakej, so aku decide nak ambil pakej no 3 tu. Pakej Glow & Relax. Dapat full body massage dengan facial. Memandangkan badan pun sakit-sakit, penat buat kerja dekat pejabat lepas tu dekat rumah, sambung pula kerja rumah. Full body massage memang reward yang terbaik la. To be honest, aku tak pernah buat facial. Ni la kali pertama. So aku nak try la. 

Lepas husband masing-masing dah bagi izin, akak ipar aku pun book kan slot kami hari Ahad 31/03/2019 pukul 1 petang. Deposit kena bayar RM20 seorang. Book melalui whatsapp je. Senang.
Kiteorang tiba dalam 1.03 petang. Nak parking pun senang. Kalau hari bekerja, aku tak pasti la. Tapi waktu aku pergi tu, memang banyak parking kosong. Spa tu terletak dekat tingkat 1. 

First kiteorang buat full body massage dulu. Ada dua jenis minyak. Sama ada nak biasa atau nak aromatherapy. Yang aromatherapy pula ada 3 flavor. Lavender, Serai wangi dan Halia. Aku pilih serai wangi. Katanya untuk sengal-sengal badan. Kalau nak relax je, boleh pilih lavender. Nak buang angin, boleh pilih halia. Aku tak tahu la berapa lama kena urut tu, ada la dalam 1 jam lebih. Puas hati juga la. lenguh dekat kaki aku, terus hilang. Lepas tu aku tambah urutan muka, RM17.00. 

Next is facial. Fuhhh first time ni. Masa sebelum pergi buat facial, pekerja tu ada bagitahu aku, pakej yang aku pilih tu facial biasa je. So kalau aku nak buat facial guna produk yang okay sikit, aku kena tambah lagi RM30.00. Aku tak dengar sangat nama jenama produk tu. Sebab kepala dok mengira-ngira berapa aku nak kena bayar ni. haha~ Akhirnya aku decide untuk buat facial biasa je. Masa buat facial tu, dia ada keluarkan whitehead guna comedone extractor. Perghhh sakit gila. Dah la aku tak pernah buat. Rasa nak nangis. Kebetulan pula ada jerawat baru nak naik dekat dahi. Lagi la sakit. Dalam hati nak cepat je habis dia extract tu.

Image result for comedone extractor
Masa letak face mask tu, dapat la rehatkan diri sikit. Dah nak tertidur. Lepas tu dia pakaikan pelembab. Best juga la. Dah dua hari, still mukanya rasa lembab je. Kulit muka aku ni jenis kering.  Memang suka la bila muka jadi lembab. Habis facial, dia bagi minum air. Disebabkan aku tak minum air halia, so dia bagi aku minum air suam. Total bayaran untuk servis aku, RM127.00.

Secara kesimpulannya, aku berpuas hati dengan servis yang diberikan.
😃 Harga yang ditawarkan berpatutan
😃 Ruang yang bersih dan selesa
😃 Mudah parking
😃 Lokasi yang mudah dicari 
😃 Perempuan sahaja dibenarkan. So tak de la segan sangat.




Saturday, 16 March 2019

JANA DUIT DENGAN BOOST APP



BOOST ni adalah satu aplikasi e-wallet yang boleh memudahkan urusan pembelian dan pembayaran. Korang tak perlu bawa cash yang banyak, korang hanya perlu bayar menggunakan aplikasi ini sahaja. Selain tu juga, korang boleh beli voucher, bayar bil, topup dan lain-lain lagi.

Aku mula diperkenalkan dengan aplikasi BOOST ni masa aku pergi bazaar ramadhan tahun lepas (2018). Ada promoter yang promote applikasi ni. Katanya boleh bayar dekat peniaga bazar ni menggunakan aplikasi BOOST. Waktu tu promoter tu cakap if aku install aplikasi ni, aku akan dapat free RM5. Boleh la buat beli makanan waktu tu. Dan setiap kali aku SCAN & PAY, aku akan dapat cashback

Apa yang aku suka sangat pasal BOOST ni sebab ada cashback. Ha dari sini la aku boleh buat duit sekaligus menjimatkan duit. Bukanlah banyak sangat boleh buat duit dan jimat. Tapi boleh la daripada tak ada langsung. Kalau korang adalah pelajar yang duduk hostel, aplikasi BOOST ni memang terbaik untuk korang dapat duit tepi.

Ada 2 cara aku boleh buat duit dan jimat dengan aplikasi ni.

1) CASHBACK

Korang boleh dapat cashback bila topup, bayar bill, bayar apa-apa pembelian dekat mana-mana kedai yang boleh guna aplikasi ni dan bayar parking. Amount cashback yang dapat tak tentu. Random. Kadang 20 sen, 50 sen, RM1, RM2.



Contoh la ada orang nak topup RM10 dekat korang. Dia bayar dekat korang RM10. Bila korang da topupkan, korang akan dapat instant cashback. Contohnya 20sen. Maknanya korang hanya guna duit dalam e-wallet korang RM9.80 sahaja. Bayangkan ramai yang nak topup dari korang. Lagi banyak cashback yang korang boleh kumpul. Sikit-sikit lama-lama banyak la.

Bukan topup sahaja. Bila korang beli barang di kedai, contohnya harga barang RM7.90. Bila shake, dapat pula cashback RM1. Ha, kan da jimat duit korang RM1.


2) VOUCHER

Kalau korang kaki shopping online di shoppe ke zalora ke. Korang boleh beli voucher diskaun dekat BOOST. Contohlah korang shopping total RM50. korang beli la voucher dekat BOOST untuk RM50. Harga voucher tu contoh la RM45. Maknanya korang hanya bayar RM45 je untuk pembelian tu. So korang da jimat RM5 dekat situ. Harga voucher tu berbeza untuk setiap merchant.




Tambahan lagi, macam-macam offer yang BOOST buat dengan collaboration bersama vendor-vendor yang memang korang familiar. Bagi aku, tak rugi pun kalau korang install aplikasi ni.

Untuk yang baru nak install tu, lepas korang install sila masukkan REDEMPTION CODE --> rosgfze


Korang boleh dapat cashback up to RM5 lepas korang topup minimum RM5. Try la!