Monday, 12 August 2019

RENDANG AYAM SEDAP

Selamat Hari Raya Aidil Adha!


Biasa lah hari raya mestilah orang masak rendang. Aku nak share resepi rendang ayam yang sedap yang aku belajar dari salah satu channel di youtube! To be honest, ni lah first time aku masak rendang ayam. Korang boleh check out youtube channel Che Nom. Menurut channel tersebut, resepi rendang ayam tu diadaptasi dari Chef Wan. 





Bahan-bahan yang aku senaraikan dibawah adalah bahan yang aku gunakan. Ada beberapa bahan-bahan yang Che Nom gunakan, tapi aku tak masukkan. Kalau nak original resepi, korang boleh tengok channel Che Nom ye. Walaupun aku tak masukkan beberapa bahan tersebut, rasanya tetap sedap 😋

Bahan-bahan kisar halus:
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
3 ketul kunyit hidup
Cili merah dan cili padi
1 biji bawang besar

Bahan-bahan lain:
1 mangkuk kecil cili kisar
1 ekor ayam, potong kecil
1 1/2 biji perahan pati santan
4 sudu besar kerisik
2-3 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan halus daun kunyit

Cara-cara:
  • Panaskan minyak kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tunggu sehingga pecah minyak.
  • Masukkan semangkuk kecil cili kisar. Tunggu sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam.
  • Bila ayam dah masak, masukkan santan, asam keping dan kerisik. Tunggu kuah pekat sikit kemudian masuk sedikit garam dan gula secukup rasa.
  • Last sekali masukkan hirisan halus daun kunyit dan tunggu daun kunyit tu layu.

Hasil air tangan aku


Beza tak cara korang buat rendang dengan resepi yang aku share ni?



Note: Bahan yang aku tak masukkan → Buah keras dan daun limau purut

17 comments:

  1. Eh! Sedapnya, menu kita samalah. Wah boleh try menu awak juga ni. Nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang resepi yg marina buat. Cili tu berapa banyak? Biasa marina guna ciliboh je.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap. Saya ni jenis yg tau makan je, kalau nak masak sendiri tu mmg mcm susah sikit sbb tak reti. Haha

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kalau ada depan mata dah habis makanan ini. haha. Kalau dah sedap memang tak akan di perhatikan sahaja kan, terima kasih resipi ini

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Dis raya tak sempat nk me rendang pun sebab raya dekat rumah sdri ja.. So xda la rasa nk me rendang sangat... Huhuhu.. But rendang ni makan dengan nasi lemak or nasi putih pun best kan

    ReplyDelete
  6. Bab rendang ayam ni mmg xboleh bawak bincang...kalo hari raya xde rendang ayam rasanya xde seri hari raya tu...walaupun rendang ayam biasa je kita masak selain dari hari raya...tp ianya menu wajib masa hari raya...boleh cuba nanti...thanks for sharing..

    ReplyDelete
  7. I love it when you use kunyit hidup. Rasa dia lagi sedap. And kita pun suka rendang basah2 gini. Sedap kuah ke nasi himpit. Lemang kita biasa2 je. Ngidam pulak nak makan ayam rendang~

    ReplyDelete
  8. Rendang ayam ni sama macam mak kita yang masak hehehe tapi rasa lain lah mesti mak kita masak sedap.. nanti kita cuba tapi hari tu dah buat rendang ayam kat blog juga hehehehehe... Thank share..

    ReplyDelete
  9. Sebwnarnya senang je nak buat..yg penting rajin. Sis pun suka buat rendang..kdg2 gunakam mcm2 bahan tPi bil malas tu..main campak je apa yg ada..hehehe

    ReplyDelete
  10. Lebih kurang je cara masakkan tu. Rendang ayam ni bukan masak time nak raya je, bila tekak dah teringin nak makan rendang zap zap kat dapur maka jadilah rendang ayam hahaha.. Suka rendang ayam basah macam ni, regu pulak dengan lemang atau pulut kuning hmmmm

    ReplyDelete
  11. Rendang Ayam is one of my favourite Malaysian dishes… thanks for the recipe sharing, will give it a try and let’s taste the difference later…

    ReplyDelete
  12. Boleh try masak rendang lepas ni guna resepi miszlinda pulak hee. Yaya memang hantu rendang!

    ReplyDelete
  13. Bila ada daging ni memng apa-apa jenis makanan boleh buat..rendang daging ni memng wajib akan buat ni..laki kit asuka la makan rendnag daging...

    ReplyDelete
  14. macam sedap je weih. hehehehhe. macam nak buat jugak je. kihkih

    ReplyDelete
  15. favourite nih!!boleh guna resipi ni pulaks!hehe

    ReplyDelete
  16. Kalau rendang ayam selalu mak yang masakkan kita. kita ni tukang tengok & makan je. sebab banyak bahan nak guna. hehhe kalau free time boleh lah buat

    ReplyDelete
  17. Bolehlah cuba resepi ni selalu klu masak ayam blur tak tau menu apa nak msk tq sharing

    ReplyDelete